Thursday, February 24, 2011

Kena Samun ?

Ferrari yang dipandu warga Singapura yang terbabit dalam nahas di Kilometer 274 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban, kelmarin.
Warga Singapura turut dibelasah dua lelaki selepas terbabit nahas
SEREMBAN: Sepasang kekasih warga Singapura yang menaiki kereta mewah Ferrari disamun dua lelaki selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 274 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, lelaki berusia lingkungan 30-an dan teman wanitanya berusia 20-an dikatakan dalam perjalanan ke pusat peranginan Genting Highlands sebelum kereta mereka melanggar sebuah kereta jenis Hyundai.
Berikutan itu, kedua-dua kenderaan berkenaan berhenti di laluan kecemasan untuk melihat kerosakan dan tidak lama kemudian sebuah kereta Mercedes Benz turut berhenti sebelum dua lelaki bertopi berusia lingkungan 30-an keluar dari kereta itu lalu memarahi pemandu Ferrari terbabit.
Difahamkan, seorang daripada lelaki yang menaiki Mercedes Benz itu mengambil sebatang kayu dari dalam kenderaannya sebelum memukul cermin depan kereta Ferrari. Lelaki terbabit turut memukul lelaki Singapura berkenaan, manakala teman wanita mangsa berjaya melarikan diri.
Pada masa sama rakan lelaki bersenjatakan kayu berkenaan mengambil kesempatan menggeledah kereta Ferrari terbabit sebelum mereka melarikan diri, manakala pemilik kereta Hyundai yang tergamam tidak dicederakan.